Selamat datang ke blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Simpang Empat Pulau Pinang 2011

KAUNSELING KELOMPOK


APA ITU KAUNSELING KELOMPOK?
Secara umumnya, ia merupakan satu proses perhubungan
menolong atau perhubungan sosial di antara sekumpulan individu
dengan seorang kaunselor secara bersemuka. Kebiasaannya,
setiap kumpulan terdiri daripada enam (6) hingga 12 orang ahli.

FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK
• Memperolehi kemahiran sosial berinteraksi dengan ahli kelompok.
• Pelbagai pendapat bernas dapat dikumpulkan bersama.
• Memberi kesedaran dan pengetahuan baru kepada setiap ahli
kelompok.
• Memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan.

JENIS KAUNSELING KELOMPOK DITAWARKAN
• Kelompok bimbingan akademik
• Kelompok kaunseling kerjaya
• Kelompok kaunseling perhubungan (relationship)